Selasa, 28 Julai 2009

Buku~Books~El Libro~



Mama suka bacakan buku untuk Aisyah. Mama selalu belikan buku untuk Aisyah.

Sebab Aisyah ni bayi lagi, mama belikan buku yang ada 'teether' untuk bayi.

Mama selalu cakap, membaca itu amalan yang baik dan menguntungkan. Buku tu kita boleh ibaratkan macam sebuah pintu pengetahuan...perpustakaan tu macam gedung ilmu..dan membaca tu macam melancong. Sebab, dengan membaca kan kawan-kawan, kita boleh pergi ke sesuatu tempat, berpandukan panduan penulisnya. Buku tu umpama pintu atau portal maklumat, tambah mama lagi.Jadi, membaca buku itu amalan mulia. Sebab tu la mama bacakan buku untuk Aisyah sebelum Aisyah lahir lagi =)

Membaca dan buku ni sangat menarik. Antara fakta pasal buku yang mama ceritakan dekat Aisyah hari tu kan ada Aisyah senaraikan di bawah. Memang sangat menarik. Harap kawan-kawan pun rasa tertarik macam Aisyah =)
Buku zaman dahulu dirantai kepada raknya di dalam perpustakaan

J.K. Rowling adalah antara penulis buku wanita yang paling berjaya di dunia dengan siri-siri 'Harry Potter' nya
Buku terbesar di dunia ialah Ku Tho Daw Phayar; ia adalah skrip Buddha yang dipahat ke atas 729 blok batu marmar putih tau kawan-kawan

Terdapat lebih kurang 20,000 buku mengenai permainan 'chess' telah ditulis

Kedai buku terbesar di dunia ialah kedai Barnes and Noble di New York, USA. Ia mempunyai rak buku sepanjang 20.71 kilometer dan berkeluasan sebanyak 14,330m²

William Shakespeare mencipta perkataan 'hurry'

Buku paling mahal berharga £4,621,500. Buku ini dilulis Geoffrey Chaucer dengan judul Canterbury Tales

Di USA, buku sebanyak 57 buah buku dibeli setiap saat

Untuk 12 tahun terakhir kehidupannya, Casanova adalah seorang pustakawan!


Haa...macam mana kawan-kawan? menarik tak fakta-fakta di atas? Kalau kawan-kawan suka membaca fakta-fakta ni, ini boleh jadi permulaan kepada budaya membaca. Aisyah pun sangat suka membaca. Percaya tak? :)









Tiada ulasan: