Isnin, 27 Julai 2009

Assalamualaikum semua....






Aisyah suka sangat senyum...mama kata untuk awet muda. So, Aisyah senyum la selalu...Ok tak? Hari tu, Aisyah dah share pasal tidur yang berkualiti untuk baby, now...pasal senyum laaa..
Apa faedahnya kalau kita selalu senyum?
(macam Aisyah... :-)

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.
Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
Mama baca artikel ni kat internet..interesting kan? Hanya dengan senyuman, macam-macam advantage kita dapat...So, senyumlah selalu, kan senyum tu satu sedekah....

3 ulasan:

nieda81 berkata...

eeeiiiii...cutenye dieeeee...tapi jangan senyum lebar cangat,nanti tak nampak ler mate yang cepek itu....

Hasriah Bt. Osman berkata...

ini kes dah lama tak gali ker..misti mama dia rajin niiii...wakaka

Hasriah Bt. Osman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.